"Macam-macam boleh berlaku pada masa ini, lebih lagi, bila berada dalam zaman media sosial. Saya juga bukanlah ibu yang sentiasa akan pantau anak atau ambil tahu di mana sahaja mereka berada.
"Saya bekalkan anak dengan ilmu agama kerana itu perkara paling penting. Kalau nak buat sesuatu, bayangkan wajah saya atau ibu bapa saya. Sebab saya berkorban selama berbelas tahun dan tidak berkahwin lagi sebab anak-anak.
"Saya paling t@kut kalau orang cuba goda anak saya, sama ada lelaki atau perempuan. Saya takut sebab zaman sekarang kita tahulah pelbagai perkara boleh berlaku.
Klik untuk gambar besar
Demikian ujar pelakon dan pengacara, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih mesra disapa Kak Engku, 52, dimana dia berkata, sebagai ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, dia bersyukur dapat mendidik anak-anaknya sehingga berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.
Bagaimanapun, Raja Azura berasa tugasnya masih belum sempurna selagi ketiga-tiga anaknya, Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Hakim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20, belum menggenggam segulung ijazah.
Disamping itu, tutur bekas pengacara Melodi itu lagi, dia yang sedar dengan cab@ran hidup masa kini turut menasihati anak-anaknya supaya berhati-hati dan tidak tersas@r dengan sebarang peng@ruh neg@tif.
Dalam masa sama, penerima trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dua kali itu mengakui, ket@kutan terbesarnya adalah g0daan orang terhadap anak-anaknya.
Untuk makluman, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment