"Itu tidak betul sama sekali. Memang tak benar. Emma selalu dengan anak-anak dia. Dia kalau nak bersama dengan Emma ni kena jumpa Ayah dulu."
Itulah kata kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong dimana dia menafikan serta men£gaskan dakwaan adiknya itu tinggal bersama kekasihnya itu tidak benar sama sekali.
Shikin menerusi satu temubual menjelaskan, Emma sentiasa bersama anak-anaknya, malah jika mahu bersama Emma perlu berjumpa dengan bapa mereka.
Dalam masa sama, Shikin turut mengulas mengenai gambar Emma bercuti ke luar negara yang tular di media sosial, dimana katanya, bukan hanya mereka berdua sahaja bercuti tetapi turut bersama rakan-rakannya yang lain.
"Sebenarnya benda macam ni kita tahu, kalau bercuti mesti tak berseorangan. Kalau kata naik motor, kalau boleh angkut empat orang, mesti dah naik kan. Dia bercuti dengan kawan-kawan, dia selesa dengan kawan-kawan dia," ujarnya.
Selain itu, Shikin juga tampil menafikan sekerasnya kenyataan yang menuduh kononnya keluarga mereka terlalu terbuka dan menghalalkan perkara yang sal@h.
Jelas Shikin lagi, hubungan Emma dengan DJ Kidd hanyalah sekadar kawan biasa dan jika ada berita gembira aktres itu akan maklumkan sendiri kepada umum.
"Mungkin orang nampak kami free hair, tapi macam mana amalan kita, semua orang tak tahu. Mana yang tak betul, kita betulkan. Saya pasti bila masanya tepat, Emma sendiri akan maklumkan kepada semua jika ada berita gembira," ulasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment