"Tiada komunikasi yang baik pun antara kau dengan penjaga anak aku yang lain. Walaupun ada memandai pula daftar sekolah Ameena tanpa pengetahuan dan kebenaran aku.
"Letakkan diri sebagai penjaga utama walaupun status bukan ibu bapa kandung. Mungkin tak boleh teruskan sebab tiada dokumen sah sebagai penjaga tetap."
Demikian ujar pelakon Shakilla Khoriri, 36, yang b£rang apabila seorang individu mengaku sebagai penjaga utama anak perempuannya iaitu Ameena Sofia.
Dakwa Shakilla atau nama penuhnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, perbuatan individu berkenaan terbongkar apabila dia dalam diam cuba mendaftar persekolahan anaknya itu tanpa pengetahuan dirinya.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi perkara itu menerusi media sosial, Shakilla turut menyertakan beberapa borang dan dokumen membuktikan kata-katanya, namun tidak menyebut siapa individu yang dimaksudkannya itu.
Dalam pada itu, kongsi Shakilla lagi, dia dan penjaga Ameena yang lain tidak pernah berbincang mengenai perkara berkenaan melainkan urusan mengambil anaknya.
Bukan hanya itu, Shakilla juga memberitahu, dia dilarang menghubungi anaknya sekiranya tiba giliran pihak terbabit untuk menjaga Ameena.
"Tak pernah ada satu panggilan atau mesej yang bertanyakan hal Ameena kecuali mesej untuk ambil dan hantar. Adakah itu dikatakan hubungan berkasih sayang sampai m@ti itu.
"Aku dilarang untuk g@nggu (call/ video call) untuk bertanya khabar Ameena sewaktu dekat sana (ada arahan ini dalam suratnya pada peguam aku)," luahnya yang turut berkata, dia sentiasa terbuka untuk pihak berkenaan berbincang mengenai anaknya, namun tiada usaha dibuat pihak tersebut.
Tambah Shakilla lagi, pihak terbabit sebaliknya hanya berkongsikan video-video indah, akan tetapi mengab@ikan tanggungjawab sebenar terhadap Ameena.
"Tapi aku tak pernah letak apa-apa syarat untuk berjumpa, panggilan atau apa saja melibatkan Ameena. Tapi tiada, tak ada apa! Sunyi sepi.
"Tiba-tiba muncul video berkasih sayang. Hak Ameena 'ghaib' and awak jangan main gil@ dengan Umi dia. Fikir panjang. Jangan paksa aku untuk ‘spill the tea’ lebih banyak," kongsinya.
Untuk makluman, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018, sebelum mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Ameena yang kini berusia 6 tahun.
Shakilla kemudiannya kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024, manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment