23 March 2025

MUNT4H SEBELUM P£NGSAN, TEK4NAN DAR4H NAIK HINGGA 170 - IFA RAZIAH KINI DILAPORKAN STABIL



"Ketika tiba di hospital, doktor memaklumkan tek@nan dar@hnya tinggi hingga bacaan mencecah 170. Sebelum itu ketika di 'holding room' acara itu, dia munt@h sebelum p£ngsan.

"Jadi, doktor menyarankan Ifa ditah@n di wad untuk pantauan lanjut. Buat masa ini, kami akan ikut nasihat doktor dan fokus pada pemulihannya dulu."

Demikian jelas suami kepada penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah iaitu Mohd Yani Abdul Rahman dimana dia memaklumkan isterinya itu berada dalam keadaan stabil selepas p£ngsan di acara perasmian StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 di sini, malam tadi.

Yani yang juga pengurus peribadi Ifa itu turut memberitahu, isterinya itu kini di bawah pemantauan doktor di hospital.

Klik untuk gambar besar

Kata Yani lagi, Ifa p£ngsan kerana tidak cukup rehat hingga menyebabkan tek@nan dar@hnya naik.

Sebelum ini, Ifa dikatakan sibuk mengendalikan festival yang berlangsung di KL Base Exhibition Centre (KL BEC) di Sungai Besi, di sini sepanjang hari tanpa rehat.

Ifa dilapor p£ngsan ketika bersiap untuk ditemuramah media selepas pelancaran festival jualan 80 jam tanpa henti itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: