23 March 2025

ERRA FAZIRA : "KALAU RASANYA OKAY, SEMUA OKAY, KELUARGA OKAY, 'JALAN'..." - EZWAN ZAIN TAK TOLAK PRIMADONA ITU MILIKI CIRI-CIRI WANITA IDAMANNYA



Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, yang kini terbuka berbicara mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Mr E atau Ezwan Zain, 44, menjelaskan, mereka melalui fasa itu tanpa tek@nan.

Bagaimanapun, primadona itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka yang diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini.

"Nak cakap saya dilamun cinta pun, t@kut. Bukan soal nak jaga hati orang, tetapi soal 1,001 kemungkinan. Sekarang, kami di fasa nak cuba melalui laluan yang betul, tetapi tanpa tekanan," katanya.

Sebaliknya, kata Erra, dia menyerahkan kepada takdir yang akan membawa jodoh mereka mengikut arus yang betul.

"Nak katakan ya (bercinta), kita tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Jadi, saya ikut saja arus waktu. Kalau rasanya okay, semua okay, keluarga okay, 'jalan'.

"Saya okay begitu. Tak terlalu 'rigid' sangat. Masing-masing melakukan tanggungjawab masing-masing untuk kenalkan kepada keluarga. Saya rasa lebih matang," katanya.

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, turut berkongsi, anak perempuannya iaitu Engku Aleesya Engku Emran, 16, memberikan reaksi p0sitif mengenai kehadiran Ezwan.

"Dia seorang yang memerhati. Kalau tak suka, dia akan cakap tak. Kalau dia okay, dia akan cakap okay. Alhamdulillah, huraian yang baik dan dia berikan reaksi p0sitif (mengenai Ezwan)," ujarnya.

Sementara itu, Ezwan berkata, kali pertama bertemu dengan Erra, dia kagum dengan perwatakan, cara komunikasi, tutur kata dan adab dimiliki primadona itu, malah dia juga tidak menolak bahawa Erra memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

Klik untuk gambar besar

"Sejujurnya, saya memang tak mengenali sangat dengan Erra. Tapi, apabila kali pertama bertemu, saya ada rasa kagum. Saya jadi tertarik untuk lebih mengenali. Saya melihat sisi keperibadian dia dan bukan sisi glamour dia.

"Jujur saya katakan, ya (ada kriteria). Saya suka seorang wanita yang agak matang dan lebih terbuka. Walaupun dia lebih berusia, tapi kami senang untuk berkomunikasi.

"Kami cuba untuk pergi ke fasa seterusnya. Fasa yang lebih baik. Daripada kenal, kami lebih mengenali dan mungkin dari situ, ada merancang sesuatu," tuturnya yang turut memberitahu, dia dan Erra sudah berjumpa dengan beberapa orang terdekat dalam keluarga masing-masing.

"Kebetulan, anak-anak kami sebaya. Ada beberapa kali saya bawa anak berjumpa. Anak saya bukan 'intr0vert', jadi dia agak terbuka juga.

"Saya selalu titik beratkan mengenai adab, cara kita dengan orang lebih dewasa dan sebagainya. Setakat ini, anak-anak kami tak ada mas@lah," katanya yang mula rapat dengan Erra sejak September tahun lalu.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, sebelum berpisah pada 2006.

Erra kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Namun, perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2014.

Selain itu, Erra juga pernah dikaitkan dengan penyanyi yang juga bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: