"Insya-Allah, doakanlah semoga semuanya selamat (proses kelahiran cucu) nanti," ujar pelakon Datin Sofia Jane, 53, dimana dia sangat teruja apabila bakal bergelar nenek kerana anak sulungnya, Arissa, 29, dijangka melahirkan anak hujung bulan ini.
Jelas Sofia lagi, dia sangat teruja kerana ia proses dalam kehidupannya iaitu dari zaman anak dara, menjadi ibu dan seterusnya bakal bergelar nenek tidak lama lagi.
Dalam pada itu, pelakon 'One Cent Thief' ini berkata, dia dan keluarganya juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Eropah termasuk menyambut kelahiran cucu sulung di sana.
"Kami beraya di Eropah kerana Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz yang berasal dari Jerman juga bekerja di sana," katanya yang turut memberitahu, dia akan menjaga anak dan cucunya nanti dalam tempoh berpantang itu.
"Sebagai ibu, saya suka kombinasi moden dan tradisional untuk anak saya menjalani tempoh berpantang.
"Berbanding dulu, zaman sekarang lebih senang kerana kita ada banyak pr0duk tempatan yang membantu ibu lepas bersalin menjalani tempoh berpantang di rumah.
"Jadi, sayalah yang akan menjadi 'mak bidan', menjaga anak termasuk memakaikan bengkung dan sebagainya nanti," jelasnya.
Untuk makluman, Sofia berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment