Bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 52, kini meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila dia akhirnya kini mendapatkan hak hadanah (penjagaan anak) kekal tiga anaknya, selepas dua tahun berjuang.
Pada Februari lalu, Adibah turut berjaya mendapatkan semula hak penjagaan untuk anak keempatnya, Nur Anisa Rosland, 14, yang sebelum itu berada di bawah hadanah interim (sementara) bekas suaminya, Rosland Othman, 52.
Peguam Syarie, Junid Ramali yang mewakili Adibah selaku defendan berkata, dia bersyukur berkat kesabaran Adibah untuk mendapatkan hak penjagaan kekal buat anak-anaknya dimakbulkan oleh Allah.
"Sebelum ini, sebagaimana keputusan mahkamah pada hadanah int£rim, dua daripada tiga anak perempuan Adibah (defendan) memilih tinggal bersama ibu dan Nur Anisa pula memilih dengan bapanya (plaintif).
"Tetapi pada pertengahan tahun lalu, Nur Anisa meluahkan hasratnya untuk kembali menetap semula ke pangkuan ibunya. Namun, ketika itu antara plaintif dan defendan, tiada tolak ansur.
"Berlakulah per£butan anak (Nur Anisa) kerana bapa masih tidak setuju memberinya kepada ibu dan atas sebab itu juga anak terbabit tidak dapat bersekolah kerana tidak ditukarkan dari alamat bapanya," katanya.
Menurut Junid lagi, tindakan Adibah yang tidak berdiam diri untuk berjuang mendapatkan hak penjagaan Nur Anisa dan pertukaran sekolah remaja itu akhirnya berjaya pada Februari lalu selepas beberapa kali perbincangan ditolak.
"Alhamdulillah, berkat kesabaran ibu dan berlapang dada pihak-pihak terbabit, bapa akhirnya bersetuju juga untuk berikan hak penjagaan kesemua anak itu kepada ibu.
"Jadi apabila bapa sudah bersetuju, dengan sendirinya hak jagaan int£rim itu terbatal sebab k£s induk (hadanah kekal) sudah selesai. Secara rasminya, ibu dapatlah hak jagaan penuh," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Kebajikan anak-anak perlu dijaga terutama usah dipersalahkan mereka (anak) akibat perceraian itu. Kedua-duanya masih juga ibu bapa dan fikirkan dulu kebajikan anak-anak yang mana tolak ke tepi segala persengketaan.
"Janganlah sampai anak tidak dapat ke sekokah hanya kerana ada pers£lisihan faham antara bekas suami dan bekas isteri. Kebajikan anak perlu diutamakan," tuturnya.
Terdahulu, Adibah mendapat hak penjagaan int£rim untuk dua daripada tiga anaknya iaitu Nur Liyana, 20, dan Nurin Tasnim, 13, selepas Rosland memfailkan tuntutan hadanah kekal pada 24 Mac 2023.
Pada keputusan hadanah int£rim diputuskan mahkamah, Nur Liyana dan Nurin Tasnim memang memilih untuk tinggal bersama Adibah, manakala Nur Anissa memilih menetap dengan bapanya, Rosland.
Untuk makluman, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2023.
Mereka yang sudah hidup bersama selama 28 tahun itu mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 13 hingga 28 tahun.
Rosland bagaimanapun berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan dua anak perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment