Setelah sekian lama dan banyak kali naik turun mahkamah selepas berdepan kem£lut rumah tangga, akhirnya pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sah bercerai kali kedua secara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, melafazkan cerai terhadap Diana di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, menandakan berakhirnya perkahwinan mereka yang terbina sejak 12 tahun lalu.
Malah, Farid yang diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan dan Diana juga dilihat berjalan beriringan sebaik keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi sebaik k£s itu diselesaikan.
Selepas prosiding itu, Farid kelihatan tenang dan menerima perpisahan itu dengan hati terbuka : "Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi," tuturnya.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, turut meluahkan rasa lega selepas segala urusan selesai dan kini mahu memberi fokus kepada dua anak mereka.
"Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik. Paling penting, untuk kebaikan mereka," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Farid sudah melepaskan Diana dengan talak satu. Jadi, berjumlah dua talak dan ini perceraian kali kedua mereka. Alhamdulillah, kita dah selesaikan secara baik," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas prosiding perceraian itu selesai. Selain itu, Akberdin turut memberitahu mengenai keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), dimana ia tidak dibacakan oleh Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin, berikutan pasangan sudah setuju bercerai secara baik.
"Keputusan laporan JKP itu ada, tetapi apabila pasangan setuju bercerai secara baik, maka tiada keperluan untuk dibentangkan dan hakim pun tak baca tadi. Kita terus kepada permohonan asal untuk dilepaskan secara baik. Jadi, kandungan itu tidak relevan lagi," jelasnya lagi.
Terdahulu, pada 4 November tahun lalu, Diana hadir ke mahkamah bagi membuat pendaftaran rujuk dan kemudiannya memfailkan semula permohonan cerai kali kedua terhadap Farid.
Pada 16 Disember tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini memerintahkan pasangan Farid dan Diana melantik wakil JKP.
Hakim Syarie, Abdul Fattah juga memerintahkan demikian susulan keengganan Farid melafazkan cerai terhadap Diana ketika prosiding berkenaan.
Pada 21 Januari lalu pula, Farid melantik peguamnya, Fakhrul Azman sebagai wakil untuk laporan JKP itu.
Sebelum ini, Farid dan Diana berdepan mas@lah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023, sebelum mereka sepakat rujuk ketika di dalam tempoh idah yang diumumkan pada temubual bersama sal@h satu portal hiburan tempatan.
Untuk makluman, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup 13 tahun itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 12 dan Nur Aurora, 10.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment