24 March 2025

SAMBUT RAYA DI PENJ4RA - EDA EZRIN REDA



Meskipun sudah bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda pada 6 Mac lalu, penyanyi 'Bea Sobar Bea' iaitu Eda Ezrin reda terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di penj@ra Mahkamah Wilayah Narathiwat,
Kata Eda, dia bersyukur selepas dibebaskan daripada tuduhan berat berkenaan, namun masih belum menerima maklumat sama ada pendakwa raya sudah failkan rayuan.

"Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang maklumat sama ada pendakwa raya telah mengemukakan rayuan di mahkamah atau sebaliknya.

"Tempoh untuk kemuka rayuan akan tamat awal bulan depan. Saya berharap pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan," ujarnya.

Selain itu, Eda turut memberitahu, selepas dibebaskan nanti, dia mahu meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

"Tolong sampaikan salam buat semua termasuk peminat," tuturnya.

Pada 6 Mac lalu, Eda bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan mereka bebas dari tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: