24 March 2025

ISU PENDAFTARAN SEKOLAH ANAK - FIZI ALI NAFI TERLIBAT : "KALAU TAK PUAS HATI, KITA LAW4N DI MAHKAMAH BUKAN SOSIAL MEDIA... APA PERANGAI MACAM BUDAK-BUDAK"



"Yang pasal sekolah, apa jad@h bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang sebelah sana cakap semua korang percaya.
"Sebab apa? Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu, isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Korang bvli dia macam-macam ni?

"Mak tiri baik layan anak tiri baik korang kec@m, mak tiri dera anak dia korang kecam, korang nak macam mana lagi."

Demikian tulis penyampai radio, Fizi Ali menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia menafikan isteirnya, Siti Zulaikha ada kena mengena dengan isu pendaftaran persekolahan anak tirinya serta tidak masuk akal jika isterinya itu mahu mendaftarkannya.

Dalam masa sama, Fizi turut menegur bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri yang 'mer£ntan' di media sosial berhubung isu berkenaan serta mendakwa ada individu yang mengaku sebagai penjaga utama anak mereka, Ameena Sofea.

"Cukup lah, kalau tak puas hati kita law@n di mahkamah bukan sosial media. Apa perangai macam budak-budak," tegur Fizi mengenai tindakan Shakilla yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Semalam, Shakilla meluahkan rasa b£rang apabila ada individu yang mengaku sebagai penjaga anaknya, Ameena dan bertindak mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuan dirinya.

Ujar Shakilla, dia dan penjaga lain tidak pernah membincangkan hal tersebut, kecuali berkaitan urusan mengambil Ameena.

Malah, jelasnya lagi, dia juga dilarang menghubungi anaknya itu setiap kali tiba giliran pihak berkenaan untuk menjaga Ameena.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: