24 March 2025

ISTERI FAIL CERAI TERHADAP EDIKA YUSOF, DEDAH SUDAH TIDAK SERUMAH



"Saya dan dia sudah tidak serumah cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila," jelas isteri kepada Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri dimana dia mengakui sudah tidak serumah dengan pelakon itu, namun tidak menjelaskan dengan terperinci.

Bukan itu sahaja, malah isteri Edika juga dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap pelakon tersebut pada pertengahan Februari lalu.

Nampaknya tiada lagi gambaran rumah tangga bahagia pasangan ini apabila perkara itu disahkan peguam yang mewakili Hidayah, Mohd Yazid Hazim yang hadir bagi sebutan pertama k£s tersebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Klik untuk gambar besar

"Untuk hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.

"Dan mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam pada itu, Yazid tidak berkongsi secara terperinci ketika ditanya mengenai punca anak guamnya memfailkan cerai, sebaliknya memaklumkan ketiadaan persefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.

"Sebab-sebab (pemfailan) saya tak boleh sebut secara terperinci kerana ianya bersifat subjudis kepada pihak defendan. Mungkin, alasan-alasan tersebut akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim pada 23 April depan. Tetapi, secara umumnya ialah tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan," tuturnya.
Sementara itu, Hidayah berkata, dia mengambil jalan untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung pemfailan cerai yang dibuat, namun dia mahu mendengar kenyataan daripada pihak suaminya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang respons.

"Semua tahu situasi dan keadaan saya jadi kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat-sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.
"Jadi, itu sajalah yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberikan sebarang komen. Kalian boleh tanya dari pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya dan biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia," ujarnya.

Terdahulu, kisah pengorbanan Edika yang setia menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu itu telah meraih perhatian ramai.

Untuk makluman, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: