24 March 2025

"SAYA TAK ADA PERANCANGAN NAK 'SIMPAN' ANAK-ANAK UNTUK DIRI SENDIRI..." - DIANA DANIELLE SEDIA URUSKAN PENJAGAAN ANAK-ANAK BERSAMA FARID KAMIL, TAK ADA SEK4TAN



"Walaupun kami sudah berpisah, tapi saya tak rela jaga anak-anak sendiri. Saya pun tak ada perancangan nak 'simpan' anak-anak untuk diri sendiri dan menyusahkan pihak bekas suami.

"Bagi saya, anak-anak perlukan ibu dan ayah mereka. Jadi, kami cuba mudahkan untuk mereka (anak-anak)."

Demikian jelas pelakon Diana Danielle, 34, dimana dia sedia menguruskan penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10, bersama bekas suami, pelakon Farid Kamil, 44.

Diana ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini, memaklumkan, dia juga tidak mampu menjaga seorang diri dan tetap memerlukan bantuan daripada bekas suaminya itu.

Dalam pada itu, Diana berkata, keadaan sudah sukar kerana perceraian yang berlaku dan tidak perlulah menyukarkannya lagi untuk penjagaan anak.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah, setakat ini mereka (anak-anak) pun tak ada menunjukkan apa-apa keadaan yang membimbangkan sebab tak ada sekatan panggilan dan juga perjumpaan dengan Farid.

"Jadi, bila-bila masa saja boleh berjumpa dengan bapa mereka (Farid) dan semoga hubungan kami semua lebih erat selepas ini," tutur Diana yang bersyukur apabila proses perceraian dapat diselesaikan secara baik pada hari ini sempena Ramadan yang mulia.

"Bulan puasa yang penuh barakah ini, saya mohon semuanya dapat diselesaikan secara baik dan saya ucapkan terima kasih juga kepada Farid kerana memahami situasi dan kini boleh fokus pada masa depan anak-anak.

"Apa yang terbaik pada hari ini adalah apa yang berlaku hari ini," katanya memaklumkan Farid boleh berjumpa dan bersama anak-anak bila-bila masa tanpa sebarang halangan.
Sementara itu, Farid pula mengakui, dia tiada mas@lah untuk bersama-sama dengan bekas isterinya untuk menjaga anak-anak mereka, memandangkan segalanya sudah dipersetujui oleh pihak Diana.

"Berkaitan anak, tiada masalah kerana seperti yang dipersetujui, pihak ibu iaitu Diana yang akan menjaga anak-anak dan Alhamdulillah sampai sekarang kita tiada apa apa mas@lah.

"Saya harap perkara ini (hubungan baik dengan bekas isteri) akan berkekalan, insya-Allah," katanya.

K0nflik rumah tangga Farid dan Diana akhirnya menemui noktah pada hari ini apabila sah bercerai talak satu untuk kali kedua pada pagi tadi.

Lafaz cerai itu dilakukan Farid terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: