25 March 2025

ISU ISTERI FAIL CERAI - EDIKA YUSOF KATA TIADA YANG S£RIUS, AKAN BERBINCANG



"InsyaAllah nanti saya update... nothing s£rious, InsyaAllah kami cuba bincang.. mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia... terima kasih."

Itulah kata pelakon Edika Yusof ketika mengulas tindakan isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri dimana ia mengejutkan ramai apabila memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Hidayah, bagaimanapun enggan mendedahkan punca permohonan cerai, sebaliknya hanya memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Hidayah pula memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai isu rumah tangganya, namun hanya memberitahu, jika sudah sampai tahap ke mahkamah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia memfailkan cerai.

"Boleh tanya dari pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar dari mulut saya. Biar dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia," ujarnya.

Untuk makluman, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Fareena Nurulhaq dan Fardeen Ulhaq.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: