25 March 2025

BILA NOKI K-CLIQUE MAHU JODOH DARI KELANTAN & TERENGGANU : "SAYA LIHAT WANITA BERTUDUNG ADA MUKA KACUKAN..."



"Pilihan saya mungkin wanita dari Kelantan atau Terengganu. Sebab saya lihat wanita bertudung ada muka kacukan dari Siam, Arab dan Pakistan banyak disebelah sana," ujar penyanyi dan pelakon, Noki K-Clique.
Nampaknya bukan hanya pelakon Nadhir Nasar sahaja yang mahu mencari jodoh berasal dari Kelantan, malah Noki juga begitu.

Kata Noki, dia tertarik dengan wanita dari negeri Kelantan dan Terengganu kerana kebanyakan mereka mempunyai wajah kacukan dari Thailand, Pakistan dan Timur Tengah.

Sementara itu, Noki juga merancang untuk menyambut hari raya di negeri tersebut dan dalam masa sama, mana tahu akan terjumpa jodoh ketika berada disana.

"Ada perancangan untuk beraya di dua negeri itu. Salah satu sasaran saya juga mana tahu nanti disana boleh terjumpa jodoh. Saya dah sedia kahwin tapi jodoh saja tiada, keluarga pun tak kisah pilihan saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: