25 March 2025

HARI LAHIR KE-47 TAHUN INI LEBIH BERMAKNA - DATUK RED DOAKAN ADIRA BAHAGIA, ANDAI TIADA JODOH ANTARA MEREKA



"Alhamdulillah, hanya Allah la percaturan terbaik. Terima kasih peng, asbabnya Adira Suhaimi menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.

"Andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya dengan anak-anak."

Demikian tutur usahawan Datuk Red yang meluahkan rasa syukur dan terharu apabila bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi meraikan ulang tahunnya yang ke-47 bersama bersama 10 orang anaknya.

Klik untuk gambar besar

Datuk Red menerusi perkongsian di media sosial telah memuat naik video memaparkan momen dia meraikan majlis hari lahirnya bersama anak-anaknya serta dapat berjumpa dengan adik beradiknya.

Kata Datuk Red, sambutan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lalu dimana dia meraikan ulang tahun hari lahir seorang diri di dalam kereta.

Untuk makluman, Datuk Red dan Adira sah bercerai pada April tahun lalu selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayob.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: