"Nak buat macam mana, jodoh tak panjang. Tapi saya tetap bersyukur dengan perjalanan hidup yang ditentukan ini dan doakan jodoh saya. Mana tahu tahun depan saya berkahwin?
"Banyak perkara yang saya pelajari daripada hubungan itu, tapi biarlah hanya saya yang tahu. Mungkin bercinta terlalu lama menyebabkan kami sudah tidak serasi atau tiada 'sp@rk' lagi.
"Saya percaya pada jodoh. Kalau ada, mungkin saya masih bersama dengan dia," jelas pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz yang mendedahkan dia sudah pun berpisah dengan teman lelakinya tahun lalu selepas 12 tahun menjalin hubungan cinta.
Klik untuik gambar besar
Dalam pada itu, berhubung anggapan segelintir yang menganggap tempoh percintaannya dengan kekasih itu sekadar membuang masa kerana akhirnya berpisah, Azira berkata, ianya pengalaman yang mematangkan.
"Kalau boleh, saya mahu mencari pasangan yang memahami kerjaya saya kerana kadang-kadang saya sendiri tiada masa untuk diri sendiri.
"Jadi, jika dapat pasangan yang tidak memahami, mungkin ia akan menjadi satu isu. Saya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma cincin dan jodoh sahaja yang belum ada," katanya.
Pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya.
Malah, Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen yang dikatakan sedang menanti giliran disatukan sebagai suami isteri.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment