"Keperluan seperti perbelanjaan persekolahan bernilai ribuan ringgit sebulan... Kalau nak bandingkan RM500 itu, dia sepatutnya berterima kasih bukannya mengh1na saya buat mark£ting murahan.
"Saya pun nak kejar jualan, saya ada masa dua hari sahaja lagi sebelum tutup akaun. Takkan saya kena berhenti berniaga disebabkan isu ini tengah panas?"
Demikian ujar pelakon Shakilla Khoriri yang k£sal apabila bekas suaminya iaitu Fizi Ali seolah-olah mem£rlinya menggunakan isu berkaitan anak perempuan mereka, Ameena Sofia, 6 tahun, demi memprom0sikan pr0duk 'chili oil' jualannya.
Berhubung itu, Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, meminta Fizi bersyukur dia ada usaha mencari wang untuk menampung perbelanjaan anak mereka.
Dakwa Shakilla, duit nafkah yang diberi Fizi untuk anak mereka sebanyak RM500 sebulan tidak mencukupi dan dalam pada itu dia terpaksa bekerja keras membesarkan Ameena untuk memastikan semua keperluan dan kehendak anaknya mencukupi.
Disamping itu, Shakilla turut memohon kepada Fizi agar berhenti mengaitkan sumber rezekinya dengan pertelingk@han di antara mereka.
"Tidak ada sokongan atau bantuan daripada bapa kandung anak saya, jadi saya kena kerja dua kali ganda lebih kuat untuk penuhi keperluan dan kehendak Ameena.
"Apabila saya fikir-fikir balik, tak baiklah buat macam ini. Ucapan terima kasih pun tidak ada, apatah lagi hendak menghargai saya mencari rezeki untuk anak kami.
"Jadi saya harap tak perlu kaitkan bisnes saya sebab anak kami bukan tanggungan suami. Saya ada rasa tanggungjawab cukupkan keperluan Ameena," katanya.
Pada Ahad lalu, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, seolah-olah mem£rli Shakilla dengan mengatakan wanita itu seakan-akan menggunakan isu anak mereka dengan niat memprom0sikan pr0duk jualannya.
Fizi tampil bersuara selepas Shakilla memuat naik kenyataan mendakwa muncul individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena dan cuba mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuannya.
Susulan itu, Fizi meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung anak mereka secara undang-undang dan bukannya melalui media sosial.
Untuk makluman, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018, namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.
Kemudiannya, Fizi kembali bertemu jodoh dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023, manakala Shakilla pula mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment