"You (Awak) boleh judge secara luaran tapi yang melalui saya. Jadi saya dah tak nak cakap apa-apa yang too deep (terlalu mendalam) too personal (terlalu peribadi). So, kita berserah, kita tengok apa yang jadi okay?"
Itulah kata isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah menerusi siaran langsung baru-baru ini, dimana dia berkongsi rasa mengenai ujian yang dihadapi selama ini.
Sebelum ini, Hidayah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nor mengejutkan ramai pihak apabila dia memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu.
Ujar Hidayah, orang luar boleh mengh@kimi, namun dirinya yang melaluinya serta memilih untuk berlapang dada dan berserah pada takdir.
Klik untuk gambar besar
"Saya s@kit dah 19 tahun saya lumpuh. Tapi, dalam masa yang sama saya jaga mak, mak mertua dan mak mertua tiri yang s@kit kans£r," jelasnya.
Dalam pada itu, Hidayah turut berkongsikan, dia juga menguruskan dirinya sendiri termasuk melakukan kerja-kerja rumah mengikut kemampuannya serta mencari pendapatan dengan membuat bisnes percetakan di rumah.
"Saya buat kerja saya, saya transfer sendiri dari wheelchair. Saya buat kerja saya, bisnes, saya buat printing, grafik design. Saya buat kerja rumah semampu saya, nak tongg£ng macam mana nak lap lantai. Saya buatlah tu semua. Apa mampu saya buat saya buat," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment