27 March 2025

BILA BACAAN MENGAJI MIMI FLY BUAT RAMAI TERCENGANG



Selepas bacaan mengaji pelakon Fathia Latiff mendapat perhatian ramai, terkini penyanyi Mimi fly pula yang membuatkan ramai tercengang mendengar bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkannya melalui program Geng Ngaji musim keenam.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Tazkirah Malam Jumaat, Mimi membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.

"Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya," kata Ustaz Tarmizi.

Klik untuk gambar besar - TONTON VIDEO MIMI FLY MENGAJI

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan netizen turut terkejut serta memuji bacaan Mimi yang sampai ke dalam jiwa.

Selain itu, ada juga yang memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat manis bertudung serta berharap agar Mimi diberikan hidayah.



KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO MIMI FLY MENGAJI

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: