27 March 2025

SEMPAT TITIP DOA KEPADA AMIRA OTHMAN YANG TUNAI UMRAH - FATTAH AMIN AKUI DAH SEDIAKAN DUIT RAYA UNTUK PUTERINYA, FATIMA



"Mereka (keluarga) suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya. Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.

"Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja."

Demikian ujar pelakon, Fattah Amin dimana dia mengakui keluarganya menyukai dan merestui hubungan baiknya dengan penyanyi Amira Othman.

Dalam pada itu, Fattah juga sempat menitipkan doa kepada Amira yang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

"Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan," katanya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Fattah memberitahu bahawa dia sudah menyediakan duit raya untuk anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Jelas Fattah, Fatima akan menyambut Syawal bersama ibunya, pelakon Nur Fazura pada hari raya pertama dan kedua, manakala gilirannya pada hari raya ketiga dan keempat.

"Duit raya Fatima of course ada. Berapa (duit raya) tu pun saya dah set," tuturnya yang juga ada bercadang untuk membawa anaknya itu pergi bercuti bersama di luar negara, namun perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak Fazura.

Selain itu, ditanya mengenai komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi perhatian peminat baru-baru ini, Fattah berkata, pada awalnya, dia tidak memahami isu tersebut.
Sebelum ini, Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti meninggalkan komen dalam satu sesi live Fattah bersama Amira, menyatakan keinginannya untuk membuat persembahan nyanyian dan juga merenjis pengantin sekiranya penyanyi itu mendirikan rumah tangga kelak.

Berhubung itu, Fattah menyatakan rasa gembira, namun sekali lagi menjelaskan hubungannya bersama Amira hanyalah rakan sekerja.

"Pada awalnya saya 'blur' dengan komen yang ditinggalkan oleh Tokti (Siti Nurhaliza). Namun Amira yang jelaskan kepada saya.

"Bagi saya, pada bulan Ramadan ini, kita kena selalu cakap, doa yang baik-baik sahaja. Saya gembira apabila kami dapat mengukir senyuman kepada orang lain," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: