14 March 2025

EBIT LEW DATANG ZIARAH - MAK WAN LATAH AKUI KESIHATAN MAKIN MER0SOT, HANYA MAMPU MAKAN ROTI UNTUK ELAK S£MPUT



"Sejak kontr0versi dulu, kesihatan terus merudum, tapi cuba kuatkan diri juga. Macam-macam peny@kit, saya ada k£ncing manis, dar@h tinggi, mas@lah kol£strol dan s@kit lutut. Terbaru, saya buat pemeriksaan kesihatan, doktor kata buah pinggang saya tak cukup air."
Itulah jelas pelakon veteran, Mak Wan Latah dimana dia memaklumkan, keadaan kesihatannya kini semakin mer0sot serta suk@r untuk berjalan apabila mengalami beberapa k0mplikasi peny@kit dan doktor turut mengesan mas@lah kekurangan air pada buah pinggangnya.

Ujar Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud, dia terpaksa mengurangkan pengambilan makanan kerana mas@lah s£mput dan hanya banyak makan roti sahaja.

Klik untuk gambar besar
"Syukur Allah pelihara saya, tinggal seorang diri pun tidaklah sampai tahap murvng. Cuma sekarang ni saya dah kurang makan, banyak makan roti sahaja sebab senang dan tak tersangkut di saluran pernafasan. Kalau makan makanan berat lain cepat s£mput, jadi memang kena jaga kesihatan," tuturnya.

Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan di media sosial, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarah Mak Wan di kediamannya, baru-baru ini, dimana dapat dilihat keadaan pelakon veteran itu suk@r untuk berjalan.
Manakala di ruangan kapsyen pula, Ebit mendoakan Mak Wan yang kini berusia 64 itu terus diberikan kesihatan yang baik, selain juga dilihat menghulurkan sumbangan dipercayai wang kepada pelakon veteran itu bagi meringankan bebannya.

"Ziarah Mak Wan. Allahukakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat. Mak Wan kata jika ada job apa-apa, boleh bagi dekatnya. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya, Allah sayang Mak Wan," tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata wargamaya turut bersimpati dengan nasib Mak Wan yang sebelum ini mendedahkan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan mengalami mas@lah kewangan, selain turut mendoakan urusannya dipermudahkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: