15 March 2025

HARAP ISU RUMAH TANGGA DAPAT SELESAI DENGAN BAIK & SEGERA - ZEHRA ZAMBRI HAIRAN IA DIPANJANGKAN, KEPUTUSAN BERPISAH SECARA 'FAST TRACK' SUDAH DIPERSETUJUI BERSAMA



"Saya berharap dapat menyelesaikan perkara ini (isu rumah tangga) segera. Kami tidak ada permusvhan atau perg@duhan kerana ada anak yang kita perlu besarkan bersama walaupun sudah berpisah nanti.
"Kami sudah menyatakan persetujuan (bercerai secara 'fast track'), bukan saya yang buat keputusan sesuka hati. Sepatutnya boleh diselesaikan secara 'fast track', tetapi dia mengambil tindakan untuk memanjangkan jadi saya ikut sahaja.

"Kalau dia nak nusyuz pun silakan. Kami ingin bercerai bukan disebabkan saya sertai GV, sebab dan punca ingin berpisah biarlah kami sahaja yang tahu. Isunya sangat peribadi."

Itulah ujar penyanyi lagu 'Semalakama' iaitu Zehra Zambri, 37, dimana dia berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik sempena Ramadan bulan penuh keberkatan ini.

Zehra yang juga peserta Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 itu dalam masa sama juga mengharapkan ada berita baik untuk menyelesaikannya dengan segera kerana pihak suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 41, juga memberi kerjasama dengan baik.

Dalam pada itu, Zehra turut menjelaskan, tindakan tidak menceritakan isu cerai berkenaan di khalayak ramai adalah kerana ia bukan sesuatu yang enak untuk dikongsikan pada umum.

Tuturnya lagi, dia berasa hairan apabila proses itu dipanjangkan, sedangkan keputusan untuk berpisah secara 'fast track' sudah dipersetujui oleh suami.

Disamping itu, Zehra berkata, dia tidak mampu mengawal orang luar daripada terus melemparkan cac1an dan fitn@h terhadapnya.

"Orang luar tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka merasakan seperti sudah lama hidup dengan kita dan mengetahui semua perkara mengenai kami.

"Saya sekarang ingin menjaga kesihatan ment@l dan mahu fokus kepada perkara yang baik-baik sahaja serta anak yang masih kecil," katanya.

Untuk makluman, Zehra berkahwin dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, sebelum bercerai pada April 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: