15 March 2025

'ANTA PERMANA' JADI SAL4H SATU KARYA PILIHAN RAJA BRITAIN - HAEL HUSAINI KATA JANGAN PANDANG ENT£NG KARYA MALAYSIA



"Saya terk£jut juga apabila dapat berita itu sebab apabila Datuk Seri Siti tag saya dalam media sosial. Saya rasa macam tidak percaya hingga sampai macam ini imp@knya. Saya sendiri membuat semakan di Apple Music. Alhamdulillah Datuk Seri Siti ibaratnya berkongsi rezeki dengan saya.
"Ini boleh menjadi titik permulaan di mana karya-karya Malaysia kita jangan di pandang enteng. Saya rasa ini adalah kerjasama berpasukan kerana tanpa Datuk Seri Siti sendiri lagu itu tidak akan sampai ke tahap itu."

Demikian kata penyanyi dan komposer, Hael Hussaini dimana dia menganggap karya seni daripada Malaysia mempunyai peluang cerah untuk diangkat ke peringkat antarabangsa.

Ia susulan lagu 'Anta Permana' nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ciptaan Hael dan Ezra Kong menjadi sal@h satu karya pilihan Raja Britain, Raja Charles III yang disenaraikan menerusi 'His Majesty King Charles III's Playlist' di platform Apple Music, baru-baru ini.

Ujar Hael yang popular menerusi lagu 'Jampi' itu, kerjasama daripada semua pihak menjadikan karya tersebut mendapat perhatian ramai termasuk orang kenamaan.

Dalam pada itu, mengulas lagi mengenai karyanya yang kini sebaris dengan bintang antarabangsa lain, Hael dengan merendah diri menganggap sebagai tenaga belakang, dia akan terus berusaha menghasilkan karya terbaik pada masa akan datang.

"Apabila Raja Charles sendiri memahami maksud lagu itu dengan menyifatkan cinta lebih kuat. Saya sangat kagum. Bahkan saya sendiri apabila dengar lagu daripada pelbagai Bahasa.

"Saya rasa konsep itu juga sama sahaja diguna pakai oleh mana-mana pihak di mana mungkin jika orang luar (tidak memahami) bahasa sesuatu lagu mereka akan mencari terjemahan kerana mungkin mereka berminat dengan lirik lagu itu yang membawa maksud cinta itu tiada penghujung," tuturnya.

Sementara itu, Siti dalam satu temubual bersama media pula berkata, beliau amat berbesar hati apabila lagu nyanyiannya itu menjadi sal@h satu karya pilihan baginda.

Sebelum ini, lagu 'Anta Permana' berada dalam senarai lagu kegemaran Raja Charles sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel serta dikongsikan secara eksklusif di media sosial The Royal Family baginda.

Himpunan lagu-lagu pilihan baginda menampilkan gabungan muzik dari seluruh dunia.

Senarai 17 lagu berdurasi satu jam sepuluh minit itu turut disertai beberapa nama selebriti terkenal dunia antaranya Diva Pop Diana Ross, Bob Marley yang popular menerusi muzik reggae, legenda muzik Grace Jones serta sens@si Britain yang sedang meningkat naik, Raye.

Selain Beyonce, turut tersenarai iaitu Kylie Minogue, Michael Buble dan banyak lagi.

"Saya mahu berkongsi dengan anda lagu-lagu yang membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Lagu-lagu ini merangkumi pelbagai gaya dan budaya yang berbeza.

"Namun, seperti keluarga negara-negara Komanwel yang makmur, mereka, dalam cara yang tersendiri, berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan, dalam segala keindahan dan keharmonian beragama," titah Raja Charles.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: