15 March 2025

MASIH BERI PELUANG - NORANIZA IDRIS BERSANGKA BAIK & MAHU BERBINCANG : "KALAU BOLEH KITA SESAMA MELAYU & BERAGAMA ISLAM, JANGAN MENYUS4HKAN ORANG..."



"Kalau mengikut jadual bayaran dalam k0ntrak ialah sebanyak RM5,000 seminggu dengan jumlah keseluruhan mencecah RM200,000. Tapi selepas ditolak pr0duk untuk percubaan, jumlah yang perlu dijelaskannya tidak sampai RM100,000.
"Sama ada mereka mampu atau tidak untuk menjelaskan bayaran itu, sila bersemuka dengan saya terlebih dulu. Kalau boleh kita sesama Melayu dan beragama Islam, jangan menyus@hkan orang kerana kita sama-sama nak bina kehidupan, jadi kalau boleh biarlah k£s ini diselesaikan secara baik.

"Saya dalam keadaan sus@h sekarang sebab nak pulihkan semula perniagaan yang baru beroperasi selama setahun. Saya harap mereka dapat beri kerjasama kepada pihak polis nanti sekiranya dipanggil dan saya juga bersedia untuk berdepan dengannya."

Demikian jelas penyanyi dan usahawan, Noraniza Idris, 57, dimana dia masih memberi peluang kepada pihak akademi latihan keusahawanan yang didakwa mengani@yanya untuk menyelesaikan k£s itu secara baik tanpa membabitkan tindakan undang-undang.

Kata Noraniza, dia juga masih bersangka baik dan mahu berbincang dengan pihak terbabit untuk menyelesaikan isu yang tertangguh sejak Mei tahun lalu itu.

Dalam pada itu, ditanya apa yang diharapkan daripada pihak akademi terbabit, Noraniza memberitahu, dia mahu mereka memulangkan semula bayaran yang sudah dijanjikan mengikut jadual seperti dalam k0ntrak.

Disamping itu, Noraniza turut mengulas tempoh yang diberikan kepada pihak akademi untuk menjelaskan bayaran, dimana katanya, dia mahu perkara itu diputuskan di hadapan pihak polis.

"Kalau saya masih bagi tempoh lagi, sampai bila k£s ini tidak akan selesai sebab ini membabitkan hak syarikat dan bukan duit poket saya. Sebagai usahawan kecil, bila mas@lah seperti ini berlaku, saya tidak dapat menjana pendapatan dan perniagaan saya juga terj£jas ketika ini.

"Sebagaimana yang semua tahu, matlamat saya buat perniagaan ini untuk membantu golongan ibu tunggal dan orang sus@h menjana pendapatan," ujarnya.

Terdahulu, Noraniza yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, mendakwa perniagaan muruku miliknya diani@ya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerug1an hampir RM630,000.

Jelas Noraniza, dia menyedari ditipu selepas akademi berkenaan gag@l membuat sebarang pembayaran selepas mengambil pr0duk selama lebih sebulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: