15 March 2025

SARIMAH AHMAD LUAH RASA SYUKUR AKHIRNYA BERJAYA DAPAT SEMULA PITA ASAL EMPAT FILEM HASIL KARYANYA



"Saya tergamam dan tak henti-henti bersyukur kepada Allah walaupun saya hampir putus asa. Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) dan Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) juga paling banyak membantu dalam perjuangan saya ini."
Itulah kata seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad, 83, dimana dia meluahkan rasa syukur akhirnya berjaya mendapat semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 37 tahun lalu.

Apa yang menggembirakan seniwati itu ialah impian tersebut tercapai selepas melalui pelbagai halangan dan jalan buntu sepanjang perjuangannya yang disifatkan amat bermakna buat dirinya.

Jelas Sarimah lagi, berita gembira itu diterima kira-kira dua minggu lalu apabila dimaklumkan pihak pengedar bersetuju untuk menyerahkan kembali hak cipta filem itu.

Berhubung itu, Sarimah yang menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, pada majlis Ziarah Seni Madani Finas di kediamannya, di sini, semalam, turut mengucapkan terima kasih buat kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Sementara itu, Nie Ching berkata, dia memberi jaminan bahawa semua filem berkenaan akan dikembalikan kepada Sarimah dalan masa terdekat ini, selain memaklumkan, pihaknya turut akan mempertimbangkan pemberian r0yalti hasil lakonan seniwati berkenaan.

"Kami akan mengkaji perkara ini dan secara prinsipnya, syarikat terbabit sudah bersetuju bahawa sekiranya filem ini dapat ditayangkan di RTM, sedikit r0yalti boleh disalurkan kepada Sarimah. Namun, butiran lanjut akan diteliti bersama pihak," ujarnya.

Menurutnya lagi, syarikat pengedar filem-filem terbabit sudah menyerahkan salinan format HDD kepada Finas untuk tujuan restorasi bagi membolehkan filem itu diserahkan semula kepada Sarimah.

Tidak hanya itu, pengedar filem berkenaan juga akan memberikan wang saguhati kepada Sarimah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau dalam industri perfileman negara.

Pada Februari tahun lalu, Sarimah k£sal dan memohon seorang penerbit terkenal mengembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum beliau meninggal dunia.

Empat filem itu adalah 'Kabus Tengahari', 'Detik 12 Malam', 'Dia Ibuku' dan 'Jejak Bertapak' yang diterbitkan pr0duksi miliknya, Sarimah Film Production dan Sasari.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: