15 March 2025

"JUJUR SAYA TIADA MAS4LAH UNTUK KAMI BERAYA SEKALI... LAGIPUN SAYA TIDAK BERMUSUH DENGAN DIA (SYAMSUL YUSOF), KAMI OKAY" - PUTERI SARAH



"Mereka (keluarga mentua) memahami situasi saya yang sibuk dengan kerja sekarang ini. Tapi dalam waktu sama, mereka sedih apabila saya tak dapat nak meluangkan masa seperti sebelum ini.

"Kalau dulu setiap tahun keluarga saya dan mentua akan berbuka bersama-sama, tapi sekarang belum ada kesempatan itu lagi."

Itulah ujar pelakon Puteri Sarah Liyana yang memberitahu keluarga mentuanya agak sedih apabila dia tidak lagi dapat meluangkan masa bersama mereka seperti sebelum ini.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia sibuk dengan urusan kerja sejak kebelakangan ini, menyebabkan masa untuk bersama mentua semakin terhad.

Disamping itu, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila hubungan mentuanya dengan bekas suami yang juga pelakon dan pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof, kini semakin baik selepas melalui pelbagai k0nflik sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah semua sudah berbaik. Saya tumpang gembira melihat mereka dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama tahun ini. Jujur saya tiada mas@lah untuk kami beraya sekali. Lagipun saya tidak bermusvh dengan dia (Syamsul), kami okey.

"Andai dia balik ke rumah keluarganya dan kebetulan saya ada di sana, saya okey untuk sambut raya macam biasa," tuturnya.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014, sebelum berpisah pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sebelum ini, media melaporkan hubungan Syamsul dan ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sudah kembali baik sejak penghujung tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: