"Sekarang kita tahu dari mana Bella dapat kekuatan tenaga semua, tengoklah ibunya. Tak semua wanita seusia dia boleh gendong cucu macam tu."
"Masya-Allah kuatnya gendong Ayden, saya pula yang sebak dan sebab itu Bella kuat. Bella dikelilingi insan seperti ibunya."
"Mama Bella sangat penyayang, Bella ikut perangai mama dia, lemah lembut dan sopan."
"Besar pengorbanan mamanya sentiasa ada untuk Bella."
Klik untuk gambar besar
Menerusi video yang dimuat naik semula di media sosial, ibu Bella menggendong Ayden yang kelihatan berpakaian sekolah sambil memegang payung.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar ibu Bella diberikan kesihatan yang baik.
Malah ada yang mengatakan, selepas melihat video itu, barulah mereka tahu bahawa sumber kekuatan Bella selepas berdepan pelbagai ujian sebelum ini adalah dari ibunya yang sentiasa ada disisinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment