27 March 2025

TAMPIL DALAM PROGRAM MENGAJI - NETIZEN PUJI BACAAN AL-QURAN FATHIA LATIFF



"Fathia rasa bulan Ramadan ini lebih baik kalau ikuti program sebegini sebab dapat lebih menenangkan hati. Saya rasa lebih berkat kalau buat program sebegini lagi-lagi dah 10 malam terakhir Ramadan."

Itulah kata pelakon Fathia Latiff yang baru-baru ini tampil dalam satu program mengaji di sebuah program televisyen dengan mentadabbur al-Quran, surah Saba ayat 33.

Menerusi perkongsian di laman sosial Tazkirah Malam Jumaat, Fathia berkata, dia rasa lebih tenang apabila mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, ketika ditanya bacaannya lancar dan hampir sempurna, Fathia berkongsi dimana setiap minggu dia menyertai kelas bacaan Al-Quran.

"Fathia ada guru, datang setiap hari Jumaat dengar taklimat dan ada kelas mengaji jadi kiranya memang setiap minggu lah Fathia akan baca al-Quran," tuturnya.
Dalam pada itu, Fathia juga sempat meluahkan rasa sedih kerana Ramadan kini sudah berada di penghujung serta berharap diberi kesempatan untuk Ramadan akan datang.

"Sebenarnya akhir bulan Ramadan, saya rasa sebak dan sayu sebab bulan mulia ini dah nak habis tanpa kita sedari tapi Fathia mengharapkan kita dapat jumpa bulan Ramadan pada tahun hadapan dan sama-sama kita ambil iktibar daripada pengajian-pengajian yang pernah kita ikut," ujarnya.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji bacaan Fathia yang dilihat begitu lancar serta berpendapat bahawa pelakon itu sentiasa membaca al-Quran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: