Komposer lagu 'Bea Sobar Bea', Eddie Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, 62, yang kini berada di Makkah menunaikan umrah itu meluahkan rasa gembira apabila dimaklumkan penyanyi lagu itu, Eda Ezrin bebas dari tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba.
Kata Eddie, sejak awal lagi dia merasakan Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, adalah m@ngsa keadaan dan yakin penyanyi itu tidak terbabit dengan k£s ini.
"Tentulah saya suka dan gembira sebab saya memang tak sabar tunggu tarikh 6 Mac. Tepat jangkaan saya, dia tidak bersal@h dan akan dibebaskan daripada pertuduhan.
Klik untuk gambra besar
"Sepanjang di sini (Makkah) saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Eda dan semua," ujarnya yang turut berkata, dia sedia bekerjasama dengan Eda untuk merakamkan lagu seterusnya, sekiranya penyanyi itu masih mahu terbabit dalam nyanyian.
"Saya sudah ada lagu baru berjudul 'Tok Leh Nok Sobar' untuk Eda berduet dengan Den Manjo. Tapi belum sempat rakaman sebab dia kena tangk@p. Lagu itu saya simpanlah. Mana tahu bila Eda dah betul-betul bebas nanti dia nak 'comeback' menyanyi semula," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment