Pelakon Fattah Amin tetap bersyukur kerana masih ada anak, Nur Fatima Aisya dan keluarga di sisinya, meskipun pertama kali menjalani ibadah puasa sendirian selepas berpisah dengan isterinya yang juga pelakon, Fazura pada Oktober tahun lalu.
Ujar Fattah, dia sentiasa sibukkan diri dengan kerja agar tidak terlalu mengingati saat itu, apatah lagi tahun ini sememangnya berbeza.
"Sejujurnya, terasa perbezaan. Sebelum ini, bangun sahur dan berbuka puasa bersama isteri serta anak. Namun, saya bersyukur masih ada Fatima dan keluarga. Kami masih dapat jalani ibadah puasa sebagai keluarga harmoni. Mereka menjadi tulang belakang dan kekuatan saya sekarang," katanya.
Meskipun sibuk dengan kerja, Fattah memberitahu, dia akan cuba mencari masa membawa Fatima berbuka puasa bersama keluarganya.
"Meskipun anak masih kecil, saya ingin menerapkan mengenai keindahan Ramadan kepada Fatima," katanya yang turut reda dengan takdir hidupnya serta percaya bahawa soal jodoh, aj@l, m@ut dan rezeki sudah ditentukan Allah.
"Jangan persoalkan kenapa hidup ditakdirkan begitu dan begini, saya sentiasa muhasabah diri serta terima takdir dengan tenang. Namun, sebagai manusia biasa, ada masanya saya terbuai dengan perasaan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment