06 March 2025

FENDY DAKWA DIHALAU 'BUSKING' DI BAZAR RAMADAN : "INI KALI PERTAMA DBKL KENDALIKAN BAZAR RAMADAN, SEMUANYA JADI KEL4M K4BUT... KENA IKUT PERATURAN..."



"Sedangkan sudah tiga tahun saya busking di situ sebelum DBKL ambil alih. Petugas jawab tak tahu apa-apa. Dia kata kalau penguatkuasa datang bersiap sedia peralatan busking kena sita."
Itulah kata bekas pemain dram kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun, 34, yang melahirkan kebimbangan apabila pemuzik jalanan tidak dibenarkan membuat persembahan di Bazar Ramadan.

Fendy yang membuat persembahan di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak itu mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan larangan pemuzik jalanan tidak boleh buat persembahan di khemah oren.

Tambah Fendy lagi, dia sudah tiga tahun membuat persembahan di tempat sana, namun kini tidak dibenarkan kerana diambil alih oleh pengukuatkuasa.

"Semalam pun kena halau juga. Setiap hari kalau bertembung dengan petugas, dia akan halau. Tapi saya buat keras, terpaksalah kan... Kalau tak, kita nak cari makan kat mana. Kita pun tak dapat jawapan.

"Saya tanya pegawai, kalau saya tak busking kat sini, nak busking kat mana? Saya tanya sebab semua khemah oren tak boleh busking," ujarnya yang turut akur jika barang persembahannya disita serta menyerahkan nasibnya kepada ketentuan takdir, namun bersyukur setakat ini tiada kejadian itu berlaku.

"Kalau penguatkuasa datang nak sita barang, saya akur. Tapi, setakat hari ini syukurlah belum ada apa-apa. Sebagai langkah keselamatan saya gantung permit untuk busking macam biasa.

"Pegawai itu tanya permit dapat dari mana? Sebab ini kali pertama DBKL kendalikan Bazar Ramadan, semuanya jadi kel@m k@but. Kena ikut peraturan, itupun saya tak tahu apa-apa. Saya pun tak dihubungi DBKL untuk menjelaskan lanjut," tuturnya.

Dalam pada itu, Fendy yang merupakan seorang OKU (orang kurang upaya) penglihatan berkata, dia tidak membant@h arahan DBKL sebaliknya terkejut kerana sudah bertahun mencari rezeki di Bazar Ramadan dan kini tidak dibenarkan lagi membuat persembahan.

"Pegawai bertugas pun tak tahu nak letak kita di mana. Jadi, saya minta tolong pihak berkenaan bagi pencerahan. Kalau tak, apa lagi kerja saya nak buat? Bawa grab tak boleh, nak kerja pejabat tak boleh, malah nak cuci pinggan di kedai mamak pun tak mampu," jelasnya.

Sebelum ini, pada Selasa lalu, Fendy memuat naik video di media sosial dimana dia meluahkan rasa terkejut apabila diberitahu DBKL tidak dibenarkan aktiviti busking di Bazar Ramadan kendalian mereka.

Fendy turut menunjukkan p£rmit kebenaran busking yang dimohon menerusi DBKL dengan bayaran RM50 setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: