"Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu (tempat kejadian) yang dipercayai daripada Jepun. Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan (Jepun) untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia (Akiko) ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insid£n ini."
Demikian jelas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dimana beliau berkata, k£s ini masih diklasifikasikan sebagai kem@tian meng£jut (SDR), namun sias@tan masih dijalankan dengan melihat beberapa sudut.
Menurut beliau lagi, sudut sias@tan k£s termasuk melihat sama ada m@ngsa mempunyai mas@lah kemurvngan atau kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan.
Dalam pada itu, pihak polis telah merampas enam jenis ubat dari kediaman usahawan dan pemp£ngaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura untuk sias@tan berhubung kem@tian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada Akiko mempunyai sejarah menerima rawatan kemurvngan, Hussein berkata, perkara itu masih dalam sias@tan sama ada m@ngsa pernah menerima rawatan di Malaysia atau Jepun.
Tambah Hussein, pihaknya juga akan meminta bantuan pakar daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti bahan dan kegunaan ubat-ubatan yang dirampas.
"Sekiranya kita perlukan bantuan pihak di Jepun untuk kita dapatkan maklumat lanjut berhubung ubat-ubatan ini, maka kita akan minta bantuan pihak kedutaan Jepun," katanya.
Setakat ini, pihak polis sudah merakam keterangan enam individu selain suami m@ngsa serta anaknya, kakitangan hospital yang menjalankan b£dah sias@t serta saksi awam yang ada di tempat kejadian.
Semalam, Hussein mengesahkan mengesahkan wanita warga Jepun berusia 50-an yang sebelum ini dilaporkan m@ut terj@tuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya pada Jumaat lalu adalah Akiko.
K£s diklasifikasikan sebagai m@ti meng£jut (SDR) kerana tiada sebarang unsur jen@yah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat sias@tan secara keseluruhan termasuk dari sudut krimin0logi.
Jenazah Akiko atau nama Islamnya, Nur Aishah Abdullah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Sabtu lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment