07 March 2025

"SAYA HARAPKAN, KAMI BERSATU BALIK BERSAMA ANAK-ANAK... KALAU DAPAT BERAYA SEKELUARGA, ITU YANG PALING UTAMA" - BEEGO



"Sebelum ini pun seorang diri, dah empat bulan. Tapi, lebih baik kalau ada isteri dan anak-anak. Saya harapkan, kami bersatu balik bersama anak-anak. Kalau dapat beraya sekeluarga, itu yang paling utama.

"Saya masih di rumah kelamin sendirian. Anak-anak dengan Linda dan menetap di tempat lain," ujar pelakon Beego, 45, yang meluahkan hasrat untuk meraikan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga.

Meraikan Ramadan sendirian, Beego yang bertemu anak-anaknya kali terakhir pada Sabtu lalu itu merasakan bahawa Ramadan akan lebih indah jika bersama keluarga.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, isteri Beego iaitu pelakon Linda Hashim, 41, tidak menghalang suaminya untuk bertemu dengan tiga anak mereka, malah dia sangat menggalakkan Beego untuk mengambil berat mengenai anak-anak mereka.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki tak ada mas@lah. Janji kita berbincang. Saya sangat-sangat memberi keizinan. Saya tidak menghalang dia berjumpa anak-anak. Saya sangat galakkan. Saya nak dia ambil tahu anak-anak, selalu jumpa dia. Walaupun anak-anak ada dengan saya, tetapi tak ada mas@lah," katanya.
Untuk makluman, Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023, sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana mas@lah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali peluang diberikan.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: