07 March 2025

KARYAWAN RESPON RUNGUTAN FENDY ISU 'BUSKING' DI BAZAR RAMADAN : "PENYELARASAN SEDANG DILAKSANAKAN DBKL"



"Tahun ini, DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan buat pertama kali mengambil alih sepenuhnya pengurusan Bazar Ramadan, menggantikan sistem sebelum ini yang dikendalikan persatuan penjaja.
"Bagi memastikan kelancaran operasi, beberapa aspek utama sedang diperhalusi, termasuk pengurusan laluan masuk dan keluar bagi mengelakkan kesesakan serta mengekalkan keselesaan laluan pejalan kaki untuk semua pengunjung."

Demikian kata Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menerusi satu kenyataan, dimana beliau mengambil respon segera terhadap rungutan bekas pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun di media sosial serta aduan daripada beberapa buskers mengenai larangan membuat persembahan di Bazar Ramadan kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya sudah merujuk perkara ini kepada Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL dan mereka kini dalam proses menyusun serta menyelaraskan mekanisme bagi membolehkan buskers kembali membuat persembahan di Bazar Ramadan.

Dalam pada itu, Freddie melahirkan keyakinan DBKL akan memastikan penyelarasan ini berjalan dengan lancar.

"Dalam masa terdekat ini, buskers dijangka dapat kembali mengadakan persembahan di Bazar Ramadan. Saya sendiri akan berusaha dan memohon agar perkara ini dapat dipercepatkan supaya mereka dapat mencari rezeki, lebih-lebih lagi dalam persiapan menyambut Aidilfitri," ujarnya.

Sementara itu, Karyawan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa atas komitmennya dalam menyatakan sokongan terhadap usaha membantu serta menaik taraf kedudukan buskers, seperti yang dinyatakan dalam Sidang Parlimen pada 27 Februari lalu.

Karyawan dalam masa sama turut menyeru agar semua buskers mematuhi garis panduan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Langkah penyelarasan ini penting dalam memastikan industri busking lebih teratur, profesional dan diiktiraf. Sekiranya terdapat sebarang mas@lah atau isu berkaitan, buskers boleh merujuk kepada Karyawan bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Kami akan terus berusaha membantu buskers agar dapat berkarya dengan lebih sistematik dan profesional," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: