28 March 2025

ISTERI & ANAK-ANAK SURUH 'RILEKS' - YUSOF HASLAM MAHU TERUS SEMANGAT BEKERJA, CONTOHI MAHATHIR & ANWAR : "KALAU KITA RILEKS KITA S4KIT"



Selagi masih sihat, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang kini berusia 70 tahun itu sebolehnya mahu terus bekerja seperti biasa sebagaimana idolanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri yang ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar Yusof, dia kagum dengan semangat juang yang tinggi dua pemimpin itu meskipun mereka sudah berusia tetapi masih kuat bekerja serta kekal sihat kerana suka bersenam.

"Saya 'love' dengan kerja-kerja saya walaupun perlu berhadapan tek@nan. Bagi saya 'str£ss' itu sebahagian daripada kehidupan. Isteri dan anak-anak saya bising, tanya papa nak apa lagi? Dah 70 tahun, rilekslah.

"Saya kata papa macam Dr Mahathir, kalau kita rileks kita s@kit. Kita enjoy kerja 'sh00ting'. Malah, di belakang rumah pun saya ada bela itik, ayam dan kambing. Bukan apa, pagi-pagi lepas Subuh saya dah pergi bagi makan ternakan.

"Jadi, kita berpeluh dan seminggu sekali pergi joging pula dengan kawan-kawan supaya kita aktif. Kalau tidak kita akan dilanda s@kit," tuturnya.

Dalam pada itu, pengarah filem 'Sembilu' dan 'Maria Mariana' ini berkata, dia melihat bagaimana cara Tun Mahathir nampak sihat sampai sekarang kerana memastikan diri sentiasa aktif bekerja dan bersenam.

"Sama juga dengan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau kita tengok beliau pun usia dah nak hampir 80 tahun, tapi saya tengok beliau (Anwar) masih lagi berlari-lari pada usianya 78 tahun sekarang.

"Itu menunjukkan beliau adalah individu yang aktif, suka bersenam. Saya tengok beliau kalau di Parlimen, masih boleh berlari dan apabila bercakap pun beliau masih bersemangat, tak berlag@k macam orang dah tua.

"Biasanya orang tua kita selalu tengok dah bertongkat bila nak berjalan. Tapi, beliau (Anwar) tak macam itu sebab otaknya sentiasa berjalan. Bila otak berjalan, kita jadi aktiflah," katanya.

Disamping itu, Yusof turut mengingatkan kepada semua agar tidak menganggap kerja sebagai satu b£ban, tetapi ia adalah tanggungjawab amanah yang digalas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: