28 March 2025

'UNFOLLOW' DI MEDIA SOSIAL, RUMAH TANGGA RISTEENA & ISA KHAN DIDAKWA BERG0LAK?



Nama pasangan pelakon, Nur Risteena dan Isa Khan nampaknya kembali menjadi bualan ramai apabila mereka didakwa saling tidak mengikuti satu sama lain di media sosial.

Seorang individu menerusi perkongsian di Threads mendakwa kedua-duanya sudah lama tidak mengikuti media sosial masing-masing, sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Malah, Risteena juga didakwa sudah lama tidak memuat naik foto bersama suami, tetapi di media sosial Isa masih ada lagi gambar perkahwinan mereka.

Klik untuk gambar besar

Perkara itu menc£tuskan tanda tanya dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya sama ada rumah tangga pasangan ini dalam keadaan baik-baik sahaja atau sebaliknya.

Difahamkan, Risteena kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya, namun kelibat Isa tidak kelihatan.
Sebelum ini, Risteena memaklumkan, dia dan keluarganya akan menyambut Syawal di sana sama seperti tahun lalu.

Untuk makluman, Risteena dan Isa Khan mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: