"Bila jadi ibu dan orang sentuh soal anak, saya terem0si sedikit. Kalau nak sentuh soal saya, okay saja. Tapi, kenapa nak bercakap soal anak saya. Sal@h saya juga balas komen. Suami ada pesan, komen sebegitu tak perlu balas dan tutup mata saja. Saya akui melatah sedikit ketika itu.
"Saya faham setiap orang ada pendapat masing-masing, cara mereka memahami sesuatu pun berlainan. Jadi, cukuplah mereka yang tahu mengenai cerita sebenar.
"Saya tahu bukan semua orang kenal Norsyasya Afiqah, hanya orang sekeliling tahu cerita sebenar sudah cukup. Anak mestilah sayang, tapi tidaklah 'over-protective'."
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal mengakui, dia sil@p apabila membalas komen dengan nada begitu, namun dia memang tersentuh jika ada yang komen mengenai anaknya, Muhammad Yassir Hayyan.
Bagaimanapun, Syasya yang kini kembali naik selepas melancarkan lagu raya 'Raya Pum Pang' itu berkata, tidak rasa ada keperluan menjelaskan situasi sebenar itu dan biar yang tahu saja tahu kebenaran di sebaliknya.
Sementara itu, Syasya memberitahu, walaupun sudah tinggalkan Dolla, dia tidak pernah letak noktah pada kerjaya nyanyian dan dia seronok apabila suaminya, Nasrullah Mohd Sapi memberi 'lampu hijau' kepadanya kembali meneruskan karier muzik.
"Memang dia sangat memberi sokongan. Suami tahu ini minat saya, tapi lagu raya ini baru hadiah kecil untuk peminat. Jadi, bila Universal Music Malaysia mengundang saya untuk bekerjasama dengan Fazura, saya setuju sebab ia adalah lagu yang 'catchy'.
"Sebelum ini, saya tak pernah meletakkan noktah pada karier nyanyian. Kalau ada rezeki untuk saya meneruskan perjalanan sebagai penyanyi dan dapat solo, lagu sesuai dengan karakter dan suara, saya okay. Tapi sekarang tiada perancangan tetap lagi," tuturnya.
Untuk makluman, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah pada 20 April tahun lalu dan menimang cahaya pertama pada 23 Disember tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment