"Alhamduillah.. selamat sampai.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri 🫶🏻"
Demikian tulis usahawan dan pemp£ngaruh media sosial, Sajat menerusi hantaran terbaru di media sosial miliknya, dimana meluahkan rasa syukur apabila selamat pulang ke tanah air, Malaysia selepas beberapa tahun berhijrah ke Australia.
Dalam hantaran tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, memuat naik gambarnya berada di dalam pesawat dan pemandangan dari udara, selain turut menyertakan tanda pagar 'balik kampung', 'amin' 'nur sajat'.
Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan-rakan artis dimana rata-ratanya juga meluahkan rasa syukur.
Terdahulu, Sajat membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia pada 2021 selepas didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di media sosial miliknya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment