17 March 2025

SHILA AMZAH & BAPA AKHIRNYA BERTEMU - FOTO BERSAMA TARIK PERHATIAN, RAMAI DOAKAN SEMOGA KEKAL BERBAIK



Penyanyi Shila Amzah menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto serta video pertemuan bersama bapanya yang juga penyanyi popular era tahun 1980-an iaitu Datuk ND Lala selepas kem£lut keluarga sekitar dua tahun lalu.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, yang berkongsi momen manis itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai pertemuan tersebut.

"Tok abah dan Rhea Akira (anak Shila bersama Ubai). Bila abah-abah bersatu," tulis pelantun lagu 'Patah Seribu' itu secara ringkas.

Dalam perkongsian tersebut, kelibat ibu tiri Shila yang dinikahi ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sekitar tahun 2023 iaitu Siti Munirah tidak kelihatan.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, netizen turut tumpang gembira melihat hubungan Shila dan bapa kembali berbaik.

"Selepas dah berbaik dengan ibu, kini giliran ND Lala pula. Alhamdulillah Shila."

"Seronok tengok mereka berbaik, jangan g@duh-g@duh lagi."

"Peranan Ubai sebagai suami harus dipuji. Bagus Shila buang yang keruh ambil yanh jernih," antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, Shila memberitahu akan bertemu dengan bapanya itu minggu lalu, sekali gus menjelaskan hubungan mereka sudah kembali terjalin mesra.

Terdahulu, kontr0versi melibatkan Shila dan keluarganya itu telah mengejutkan industri hiburan sekitar tahun 2023 apabila tular dakwaan mengatakan ND Lala sudah berkahwin baru bersama seorang wanita muda yang juga sahabat lama anaknya.

Untuk makluman, ND Lala pernah mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989 dan namun sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurnikaan empat orang anak iaitu, Nurshahila (Shila Amzah), 35, Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30 dan Nur Syuhada, 26.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: