18 March 2025

"SAYA LELAKI YANG MENGADA-NGADA, MAKAN PUN NAK BERSUAP" - NAIM DANIEL AKUI SUSAH NAK CARI ISTERI YANG BOLEH TERIMA 'BUDAK TIGA SUKU' MACAM DIRINYA



"Impian terbesar saya untuk dijadikan realiti mungkin berbini kot. Buat masa sekarang, saya belum ada lagi (isteri). Ibu mana yang tak nak tengok anaknya berkahwin dan bahagia. Saya rasa sp£ktrum kebahagiaan baharu buat orang tua adalah nak bagi menantu buat mereka."
Itulah kata penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang memberitahu, impian terbesarnya sekarang adalah mendirikan rumah tangga selepas usianya kini sudah mencecah 28 tahun, selain mahu membahagiakan ibu tercinta, Nora Taher.

Naim bagaimanapun berkata, dia masih menanti bertemu dengan wanita yang dapat menerima diri seadanya, serta turut mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan mahu sentiasa berkepit dengan isteri tercinta andai sudah berkahwin nanti.

Dalam masa sama, Naim juga tidak kisah jika wanita tersebut lebih berusia berbanding dirinya, malah akuinya lagi, dia seorang yang mengada-ngada dan mahu makan bersuap.

"Saya tak kisah orang industri atau sebaliknya. Dan, kalau wanita itu lebih berusia berbanding saya pun, saya okey. Asalkan wanita itu nanti faham cara kerja dan tanggungjawab masing-masing, saya okey.

"Saya lelaki yang mengada-ngada. Makan pun nak bersuap. Susah nak cari bini yang boleh terima 'budak tiga suku' macam saya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: