"Dulu hanya merancang tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan. Tapi saya reda dan kami pun selesa berkawan macam sekarang. Keutamaan kami berdua adalah pada anak-anak."
Itulah jelas usahawan Datuk Red dimana hasratnya untuk kembali mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi pada Aidilfitri ini tidak kesampaian.
Kata Datuk Red, dia reda dan kini mereka selesa berkawan serta memberi keutamaan kepada anak-anak.
Selain itu, Datuk Red menyerahkan soal jodoh kepada Allah, namun mengakui masih menyimpan perasaan sayang kepada Adira.
Datuk Red dalam masa sama juga reda bergelar duda seandainya tidak berjodohan dengan Adira, malah tiada mas@lah jika bekas isterinya itu bertemu jodoh dengan orang lain.
"Pada umur macam ini saya hanya menantikan jodoh saya kembali bersama Adira. Cinta tak semestinya memiliki. Saya tetap reda bergelar duda tua sampai bila-bila. Tak terfikir nak cari perempuan," ujarnya.
Disamping itu, Datuk Red berkata, faktor kewangan menjadi punca dia tangguhkan niat untuk bernikah dengan Adira semula, serta masih ada hut@ng perlu diselesaikan.
"Faktor kewangan antara punca saya rasa belum masa untuk kahwin. Perjalanan saya nak selesaikan hut@ng masih jauh. Saya sedar diri tak mahu b£bankan isteri saya jika kahwin nanti," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment