"Saya tidak berniat mencipta kontr0versi melalui lagu 'Serumpun' ini, tetapi terlalu fokus pada karyanya kerana inginkan hasil terbaik sehingga menolak tepi perkara lain.
"Ketika ini, saya sangat obs£s dengan karya lagu sendiri. Apapun, saya terima segala komen sama ada baik dan buruk, termasuk kalau ada yang ters1nggung dengan karya saya itu, saya minta maaf.
"Insya-Allah kalau buat lagu raya lain pada masa akan datang, saya akan memperbaikinya. Bukan niat saya pun nak c£tus sens@si, tapi memang saya selesa dengan pakaian (berk£mban) itu."
Demikian kata penyanyi Mimi Fly, 39, dimana dia menerima segala komen netizen sama ada baik dan buruk terhadap muzik video (MV) lagu raya, 'Serumpun' nyanyiannya yang kurang disenangi kerana dia tampil berk£mban.
Dalam pada itu, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkata, dia sangat menghormati setiap pakaian yang digunanya dalam MV itu kerana paling penting ia selesa.
Disamping itu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees turut mengulas lanjut isu MV 'Serumpun' itu, dimana jelasnya, selama 17 tahun dia bertapak dalam karier seni dan sedekad bergerak secara solo, segala susah payah dilalui baru sekarang membuahkan hasil apabila karyanya itu diterima ramai.
"Jadi, saya tidak sambil lewa dalam menyediakan pakaian untuk MV 'Serumpun' dan bekerjasama juga dengan pereka fesyen terkenal bagi mempelajari sejarah pakaian orang terdahulu.
"Untuk itu, saya cuma rasa pakaian yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya dah tengok pakaian orang-orang lama, jadi saya suka. Saya nak raikan pakaian dan fesyen kita sebenarnya," ujarnya.
Mimi bagaimanapun berpuas hati apabila 'Serumpun' mendapat pandangan p0sitif dan neg@tif daripada pendengar, kerana apa yang penting baginya, orang masih mengambil tahu.
"Sekurang-kurangnya ada yang ambil kisah dengan apa saya keluarkan (lagu) kerana sebelum ini saya pernah berada di fasa ketika keluarkan apa-apa saja pr0duk lagu orang tidak kisah.
"Jadi, saya ambil semuanya itu (komen netizen) serta terima kasih diucapkan dan saya akan memperbaikinya selepas ini. Saya benar-benar berterima kasih," tuturnya.
Sebelum ini, MV lagu raya 'Serumpun' itu baru dilancarkan Mimi di saluran YouTube Mimifly, Sabtu lalu, namun rata-rata komen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilannya yang berk£mban.
Bagi penonton, lagu raya yang sudah bagus itu tidak sepatutnya MV dihasilkan kurang sopan, sekali gus mencal@r tema sambutan Aidilfitri yang pakaiannya sedap mata memandang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment