17 March 2025

IBU ALIFF SYUKRI KONGSI GAMBAR BERSAMA 'SUAMI BARU' DI MAKKAH TARIK PERHATIAN



Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita, 61, baru-baru ini telah berkongsi beberapa gambar, dimana ia umpama mengesahkan status perkahwinannya dengan suami baharu.
Melihat pada gambar yang dikongsikan, Bonda Rozita bersama suami barunya itu sekarang berada di Makkah mengerjakan umrah.

Dalam perkongsian itu, Bonda Rozita berdoa agar Allah memberi keampunan di atas segala d0sa yang dilakukan dan melindungi seluruh ahli keluarganya.

"Bulan Ramadan ini penuh rahmat, kami datang kepada-Mu dengan hati penuh harapan dan tangan yang menadah keampunan.

"Kami hamba-Mu yang lemah, penuh d0sa dan kekurangan, namun kasih sayang-Mu tidak pernah bertepi.

"Ampunkanlah kami Ya Allah atas segala khil@f kami yang sengaja mahu pun tidak. Ya Allah, di bulan yang suci ini bersihkanlah hati kami daripada segala n0da," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bonda Rozita turut menitip doa buat perkahwinan baharu itu, sekali gus menjawab sp£kulasi dalam kalangan pengikutnya yang tertanya-tanya mengenai status dirinya selama ini.

"Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dengan kasih sayang dan reda.

"Temukanlah kami dalam syurga yang abadi. Kami sayang anak-anak kami, berikan mereka kekuatan untuk solat dan beramal kebaikan," tulisnya lagi dalam titipan doa panjang lebar.

Rozita juga sebelumnya di awal kapsyen itu menulis 'menjawab persoalan followers' yang umpama mengesahkan desas-desus mengenai perkahwinan terbaharunya adalah benar.

Terdahulu, timbul tanda tanya pada kalangan netizen di media sosial apabila terlihat kelibat seorang lelaki muncul dalam sesi siaran langsung dibuat Rozita di media sosial ketika berada di bilik hotel.

Bagaimanapun, anak perempuan Bonda Rozita iaitu Nur Ain Sufiah atau Ain mendedahkan ibu bapanya itu sudah bercerai dan ibunya kini mempunyai pasangan baru.

Menurut Ain lagi, dia tampil mendedahkan mengenai status terkini ibunya itu kerana tidak mahu adik-beradik yang lain menerima s£rangan neg@tif daripada orang luar yang sering bertanya mengenai hal perkahwinan itu.

Ujarnya, mereka sekeluarga juga menerima takdir perpisahan ibu bapanya itu dengan terbuka dan menjelaskan hubungan dalaman keluarga tetap masih baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: