"Kalau cakap semakin terbuka, ya. Tetapi tidaklah terlalu terbuka sebab saya sayangkan privasi sendiri. Cuma sekarang saya lebih yakin, mungkin sebab faktor usia. Saya pun tidaklah keterlaluan dan mahu nikmati sahaja kehidupan ketika ini."
Itulah jelas pelakon dan penyanyi, Erra Fazira akui dia kini semakin terbuka berkongsi keakrabannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr.E atau Ezwan Zain kepada umum dan tidak lagi berselindung.
Ujar Erra yang masih tidak mendedahkan status hubungannya dengan usahawan tersebut, mungkin disebabkan faktor usia dia menjadi lebih terbuka serta yakin untuk berkongsikan kehidupan peribadinya di media sosial.
Dalam pada itu, ibu tunggal seorang anak ini berkata, dia mahu nikmati kehidupan serta mengharapkan doa yang baik-baik dari orang ramai serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.
"Saya harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kepada mereka yang mengikuti dan mendoakan, terima kasih serta teruskan doa. Doa itu bukan ke jenjang pelamin sahaja, yang penting kehidupan selepas itu," tuturnya.
Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenali seseorang, selain meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya.
Sementara itu, Mr E pula, dia tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment