Penyanyi Adira Suhaimi tampil menafikan dakwaan dia kembali rujuk bersama bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali Datuk Red selepas Aidilfitri ini.
"Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap saja. Misalnya, dalam sesi 'live', ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab 'sudah'.
"Dia jenis sebegitu, dia akan jawab ya. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami," kata Adira yang mengakui, belum terfikir kembali berumah tangga buat masa ini.
"Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.
"Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya.
"Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah... Kalau tiada pun tak mengapa," tuturnya yang baru-baru ini melancarkan lagu raya baharu bersama penyanyi Black Hanifah berjudul 'Syawal Rindu'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment