16 March 2025

BILA NADHIR NASAR CARI WANITA KELANTAN UNTUK DIJADIKAN ISTERI



"Saya masih mencari wanita dari negeri Kelantan memandangkan saya bakal menjengah usia 30 tahun, tahun depan," ujar pelakon Nadhir Nasar ketika ditanya mengenai wanita pilihannya.

"Entahlah saya rasa wanita Kelantan ini ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Antara perkara yang buat saya minat wanita dari Kelantan ini kerana mereka pandai memasak.

"Saya tidak mengenali mana-mana wanita Kelantan sekarang ini. Saya ada ramai kenalan yang berasal dari negeri itu, cuma seseorang yang membesar di Perak, saya nampak perbezaan di antara dua negeri ini dan ia agak menyeronokkan.

"Saya mencari wanita dari Kelantan ini disebabkan saya ini penggemar budu," katanya lagi yang turut mengakui kesibukan jadual kerja yang padat menjadi cab@ran utama buat dirinya dalam mencari pasangan hidup.

Nadhir bagaimanapun percaya wanita yang tepat untuk menjadi peneman hidupnya itu sudah ada, tetapi dia belum bertemu dengannya lagi.

Klik untuk gambar besar

"Bulan lepas saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga dengan bulan ini saya ada masa berehat dua hingga tiga hari saja.

"Saya akui untuk menjadi kepunyaan seseorang pada masa sekarang agak susah, tapi saya percaya individu itu ada, cuma belum jumpa lagi," jelasnya.

Sementara itu, Nadhir turut menjawab mengenai sp£kulasi dia sudah mempunyai teman istimewa seperti yang hangat diperkatakan netizen di media sosial.

"Saya akui ada ramai yang membuat sp£kulasi saya sedang mempunyai hubungan dengan seseorang, jujur saya okey saja. Cuma privasi tetap menjadi keutamaan saya.

"Kadang-kadang benda itu tak betul hingga menj£jaskan kedua-dua pihak. Cuma untuk saya, sp£kulasi itu tak betul," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: