16 March 2025

"SEKARANG DIA (ISTERI) MAKIN BERISI & TAK TAHU DUDUK DIAM" - BEN LADIN TERUJA BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG



Tahniah diucapkan buat penyanyi Ben Ladin, 24, yang bakal menimang cahaya mata sulung apabila dia memaklumkan berita gembira mengenai isteri iaitu Anna Shida yang sudah hamil sejak hujung tahun lalu.

Kata Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, isterinya itu terlalu aktif sepanjang kehamilan walaupun sudah dinasihatkan untuk banyak berehat.

"Ben bawa pergi klinik sebab tidak berpuas hati. Hadirnya malaikat kecil dalam rahim seorang isteri yang sentiasa ada untuk Ben.

"Sekarang dia makin berisi dan tak tahu duduk diam. Ibu bapanya suruh dia banyak berehat, tapi dia banyak kerja nak dibuat," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Ben yang merupakan bekas peserta Idola Kecil ini turut berkongsi, isterinya itu berdepan dengan beberapa alahan pada awal kehamilannya.

Malah, jelasnya lagi, wajah isterinya itu juga berbeza sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.

"Masa hujung tahun 2024, dia sangat tak suka bau Ben dan dapur, tapi dia tetap juga nak memasak. Tawaran penggambaran dan reviu semua dia tolak.

"Masa awal-awal ramai yang tegur muka Anna kusam sampai ke mana-mana pun dia pakai pelitup muka," tuturnya yang juga berkata, dia tidak mahu melakukan perancangan keluarga, meskipun mahu memiliki zuriat.
Disamping itu, Ben memberitahu, mereka terlalu teruja untuk menimang cahaya mata sehinggalah isterinya itu kerap melakukan ujian kehamilan.

"Ben memang cakap nak ada anak terus, tak payah merancang apa-apa, tapi beberapa bulan selepas perkahwinan Anna kerap check tapi belum ada rezeki.

"Selepas itu, dia kerap s@kit, dem@m dan tak sihat. Dia makin kurus sampai tahap hilang berat badan yang ketara.

"Tapi kuasa Allah ni tiada tandingan, isteri sangat p0sitif," kata Ben yang mendirikan rumah tangga bersama Anna pada Julai tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: