Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, 45, tampil menafikan sangkaan orang ramai yang menyangka dirinya kini hamil selepas berkongsi rakaman imbasan ultra bunyi baru-baru ini.
Jelas Nilam, dia sebaliknya membuat imbasan tersebut bagi memeriksa kesihatan sistem peranakan, selain pemeriksaan yang dilakukan itu sebagai persediaan untuk dia dan suami mendapatkan cahaya mata.
"Bukan, sal@h faham itu. Mereka tak nampak saya kongsi apa sebenarnya. Saya ke klinik untuk periksa cyst dan fibroid, kebetulan pula abang (panggilan Azlan) ambil video.
"Saya bukan fokus pada ultrasound itu tapi foto saya di belakang telefon abang," katanya yang juga meletakkan harapan untuk hamil dalam masa terdekat, namun menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.
"Alhamdulllah semuanya dalam keadaan baik. Saya juga boleh teruskan proses kehamilan kerana rahim saya dalam keadaan cantik. Saya memang rancang dalam terdekat kerana kami sama-sama sudah berusia, tapi semuanya bergantung kepada perancangan Allah.
Klik untuk gambar besar
"Saya anggap itu satu doa tak sangka ramai yang sayangkan saya. Doakan saya juga agar dikurniakan zuriat," luahnya yang sebelum ini memuat naik rakaman video di media sosial yang memaparkan dia melakukan imbasan ultra bunyi.
Nilam yang tidak memperincikan perkara tersebut sebaliknya berharap orang ramai sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
"Bismillah, doakan ya. Tak tahan ambil video pun ada gambar kesayangan," tulis Nilam yang mendirikan rumah tangga bersama Azlan pada 22 Januari 2022.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment