21 March 2025

"MASIH SOLO... TIDAK PERNAH BERCINTA" - EMMA MAEMBONG NAFI SUDAH BERKAHWIN LAGI, CUMA ANGGAP DJ KIDD KAWAN



"Lagi saya diam dan lari ada pula yang ingat saya dah kahwin. Sebenarnya saya belum berkahwin dan masih solo. Bila saya tahu gosip saya sudah berumah tangga ini pun mulanya saya tak nak layan sampai isu ini hilang sendiri. Rupanya g0sip itu masih datang sehingga ada yang ingat saya isteri orang.

"Ya saya memang berkenalan dengan dia (DJ Kidd), kami cuma berkawan dan tidak pernah bercinta. Dia seorang pembantu peribadi kepada kenalan saya di set penggambaran, saya bukan kenal dia sebagai deejay. Malah kami masih berhubung sebab saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa."

Demikian jelas pelakon Emma Maembong, 33, yang tampil menjelaskan status dirinya dimana dia masih ibu tunggal selepas bercerai tahun lalu, sekaligus menafikan dakwaan sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.

Ujar Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, dia terpanggil menjelaskan kekeliruan itu selepas terlalu ramai yang menyangka dirinya sudah berkahwin baharu, meskipun asalnya memilih untuk diamkan dulu.

Klik untuk gambar besar

Akui ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia memang berkawan dengan DJ Kidd sejak berkenalan di sebuah set penggambaran dan menurutnya, jejaka itu cukup menyenangkan dan berperwatakan kelakar.

Dalam pada itu, pelakon 'Takdir Itu Milik Aku' ini turut menyangkal dakwaan sekiranya DJ Kidd adalah punca dia bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Ulasnya lagi, tiada sesiapa yang menjadi punca perceraiannya dan bekas suami, selain tidak mahu membuka cerita lama mengenai perkara itu kerana baginya, kalau ada sal@h pun, segalanya datang dari dirinya sendiri.
"Tidak, tiada siapa punca saya bercerai. Bagi saya buku yang sudah ditutup kenapa nak kena buka balik? Saya selalu kata apa-apa yang jahat sal@hkan sahaja saya dan bukan orang di sekeliling saya. Sebab saya yang tak jaga diri. Tapi jangan pernah sal@hkan sesiapa yang dengan saya sebab dia orang tak bersal@h pun," katanya.

Sebelum ini, timbul g0sip mengatakan Emma sudah berkahwin dengan DJ Kidd, malah mereka turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan suami sudah pun bercerai secara baik selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 serta dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: