21 March 2025

PILIH PENGAJIAN SEPENUH MASA - TOMOK SAMBUNG MASTER DI UPSI



"Perjalanan baru buat saya selepas UUM.. semoga di permudahkan.. amin 🤲🏽."

Itulah tulis penyanyi Tomok dimana dia berkongsikan bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana atau 'Master' di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Tomok yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial itu turut memuat naik surat tawaran kemasukan bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.

Perkongsian Tomok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mendoakan agar penyanyi itu terus berjaya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: